Hantu Pendosa : Phi Pret

April 15, 2022

Hantu Phi Pret ataupun dalam Bahasa Melayunya Hantu Lapar merupakan hantu yang sering menjadi bualan bukan sahaja masyarakat Thailand namun bagi penganut agama Hinduism dan Buddhism.

Tidak seperti hantu lain yang biasa kita dengar berada di hutan, bangunan-bangunan lama ataupun di kubur, hantu Phi Pret sering dilihat berkeliaran di sekitar tempat ibadah untuk memohon keampunan kepada dewa-dewa mereka. Jadi, kenapa Phi Pret ini sering berada di tempat ibadah?

Menurut cerita warga Thailand, Phi Pret datang ke tempat ibadah bagi menebusi penyesalan yang telah dilakukannya ketika dia masih hidup.

Sumber: flickr.com

Susuk Tubuh Pret

Digambarkan susuk tubuh hantu Phi Pret ini sangat tinggi sehingga mencapai ketinggian pokok kelapa. Tidak hanya tinggi, ukuran tubuhnya juga cukup besar dengan lengan panjang sehingga paras lutut.

Walaupun ukuran tubuh badan Phi Pret besar namun mulutnya hanya sebesar lubang jarum sahaja dan dikatakan Phi Pret sentiasa dalam keadaan lapar. Namun disebabkan mulutnya yang sekecil jarum, Phi Pret tidak dapat memuaskan nasfu makannya.

Kononnya ketika dia masih hidup, Phi Pret sering berkata kasar, berbohong, bahkan memaki orang lain dan orang tuanya. Oleh kerana perbuatan jahatnya semasa hidup itulah membuatkan hantu Phi Pret bangkit semula dalam bentuk tubuh yang mengerikan itu.

Disebabkan perkara tersebut masyarakat Thailand percaya penjelmaan semula hantu Phi Pret ini dalam bentuk tubuh yang menakutkan sebagai pembalasan kepadanya atas perbuatan yang telah dilakukan semasa masih hidup.

Legenda Hantu Thailand "Phi Pret" (1)
Sumber: gikasa.com

Kedatangan Phi Pret

Masyarakat Thailand juga mendakwa kerap terdengar suara jeritan penyesalan hantu Phi Pret yang katanya menyerupai suara hembusan angin yang menerpa pada pokok-pokok.

Dikatakan juga, dalam teriakan itu, Phi Pret memohon agar masyarat berdoa bersama untuknya agar dosa-dosa yang dilakukan sewaktu masih hidup dapat dihapuskan.

Tengok daripada kisah Phi Pret ni, mungkin boleh dijadikan iktibar untuk kita semua agar sentiasa membuat kebaikan dan terus menanamkan sifat-sifat murni dalam diri.