Kalau sebut pasal kuda kepang, mesti ramai yang akan cakap ia adalah satu tarian atau adat tapi korang tahu tak sebenarnya kuda kepang ni ada kaitan juga dengan benda mistik?
Asalnya, kuda kepang ni adalah tarian tradisional dari Johor yang biasanya dipraktikkan dalam kalangan Melayu berketurunan Jawa.
Masa zaman dulu, tarian kuda kepang dilakukan dalam upacara pemujaan. Ada yang kata tarian ni untuk menjalinkan hubungan orang yang hidup dengan roh yang telah mati.
Ada juga yang percaya tarian ni untuk membersihkan desa daripada gangguan roh-roh jahat, penyakit, dan malapetaka.
Tarian kuda kepang sebenarnya ada dua jenis, satu tarian kuda kepang yang biasa-biasa je, satu lagi ni yang jenis ekstrim, yang ada kaitan dengan pengaruh mistik iaitu tarian kuda kepang mabuk.
Disebabkan kuda kepang ni dikuasai oleh sejenis kuasa ghaib, sebelum mula persembahan kena buat satu upacara khas iaitu buka gelanggang. Upacara tu memang kena buat, kalau tak nanti akan ada benda buruk berlaku dekat pemain dan penonton.
Yang tarian kuda kepang mabuk ni la ada satu fenomena yang mana orang panggil naik syeikh iaitu mabuk.
Benda ni jadi bila penari kuda kepang tu terlampau asyik menari sampai lupa diri sehinggakan boleh buat benda yang tak terjangka macam kupas kelapa guna gigi, makan telur mentah, kunyah kaca, dan sebagainya.
Bila penari tu dah naik syeikh, muzik kena terus dimainkan. Kalau berhenti, nanti penari yang tengah naik syeikh tu akan marah dan menerkam pemain muzik tu.
Kalau penari semakin liar dan tak dapat dikawal, masa ni bomoh akan baca mantera dekat ubun-ubun atau telinga penari, nak suruh semangat tu keluar dari badan penari.
Dikatakan tarian kuda kepang mabuk ni tak boleh dibuat lepas pukul 12 malam sebab kalau tak diberhentikan, lagi-lagi yang tengah naik syeikh tu, nanti dorang akan terus tak sedarkan diri dan semangat tu akan terus ada dalam badan penari.
Tarian kuda kepang disahkan haram oleh Jabatan Mufti Negari Johor pada 18 Februari 2009 sebab bercanggah dengan aqidah, syariah, dan akhlak Islamiah.
Tapi ada juga yang meminta Mufti Johor kaji balik sebab zaman sekarang ni ada je tarian kuda kepang yang tak pakai mantera dan benda-benda khurafat semua tu.
Tarian kuda kepang ni kira macam identiti dan satu budaya bagi Johor jadi rugilah kalau tarian kuda kepang dilenyapkan sebegitu sebab kalau takde unsur-unsur mistik tu, tarian ni sebenarnya lebih daripada unik.