Misteri Hospital Lady Templer

May 20, 2021

Sebuah lagi hospital yang dikatakan berhantu di Malaysia adalah Hospital Lady Templer. Hospital yang terletak di Cheras ini dibina pada tahun 1952 dan dirasmikan oleh Lady Templer iaitu isteri kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer.

Hospital pertama pembedahan jantung

Di peringkat awal, kakitangan hospital ni terdiri daripada pakar perubatan, tiga orang pegawai perubatan, jururawat, juru x-ray, dan pembantu jururawat. Hospital ini mula menerima pesakit pada Ogos 1955.  

Kebanyakkan pesakit yang diterima adalah pesakit yang tidak sembuh walaupun sudah diberi perubatan oleh hospital lain. Hospital ini juga memberi rawatan khas kepada pesakit jantung, paru-paru dan batuk kering.

Pembedahan jantung dan thorasik yang pertama di negara ini telah dilakukan di hospital tersebut. Hospital berkenaan terus menjadi pusat bagi pembedahan kardiothorasik selepas kemerdekaan Tanah Melayu sehingga tahun 1970-an.

Tapi malangnya, Hospital Lady Templer ini telah ditutup pada tahun 1985 dan hanya sebahagiannya sahaja dibuka dan dijadikan poliklinik sehingga tahun 1995. Rumah mayat hospital ini juga pernah menempatkan mayat-mayat mangsa tragedi 13 Mei 1969.

Nampak kelibat

Sejak penutupan hospital ini banyak kisah misteri telah berlaku.

Antaranya ada yang mengata mereka nampak kelibat perempuan yang mendukung anaknya, perempuan berambut panjang, jelmaan lelaki berpakaian serba putih seperti doktor berdiri di tepi tingkap, perempuan yang mendukung anaknya, suara orang menangis dan mayat tanpa kepala.

Aktiviti paranormal

Pelbagai aktiviti paranormal turut dilakukan di Hospital Lady Templer ni. Menurut Azrul, dia pernah pergi ke hospital ni untuk ‘cari pasal’ sebab dia ada kelebihan nampak makhluk halus ni.

Dia kata suasana malam di Hospital Lady Templer ni memang menyeramkanlah. Pernah sekali dia pergi ke sana dan melihat seorang lelaki berpakaian seperti seorang doktor berdiri pegun di tepi tingkap tingkat dua sambil memandang keluar.

Semasa Azrul nak pulang ke hostel, tiba – tiba dia berasa seram sejuk. Tak dapat mengawal badan dia sebelum dia terpandang tempat duduk belakang dan nampak satu kelibat.  Kelibat tersebut tanya kepada dia “Kau kenal aku?”

Lepas tu Azrul suruh dua kawan dia hantar dia semula ke hospital tersebut. Sampai je kat situ, Azrul terus tak sedarkan diri dan dia hanya mendengar suara kawannya secara sayup memintanya mengucap dua kalimah syahadah dan beristighfar.

Kini, Bangunan Hospital Templer sudah dirobohkan dan pada akhir tahun 2008 tapak hospital tersebut digunakan untuk membina Hospital Rehabilitasi Cheras. Ia mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

Sehingga kini Hospital Rehabilitasi Cheras masih megah berdiri dan rasanya dah tak dengar cerita – cerita seram kat situ.