‘Nenek Kebayan’ versi England

June 16, 2021

Kalau sebut pasal hantu yang femes dekat Malaysia ni, hantu nombor satu orang akan sebut adalah Pontianak. Eh kejap, toyol pun ya jugak. Orang Minyak? Betul jugak, boleh dikatakan antara hantu lagenda jugak tu. Tapi, Nenek Kebayan jangan korang lupa pulak.

Nenek Kebayan ni kalau nak ikutkan, antara yang agak seram jugak. Dengan wajahnya yang menggerunkan sehingga boleh membuat sesiapa yang pandang wajahnya pucat lesi, ia dikatakan menggunakan ilmu hitam untuk mengacau mangsanya.

Namun, lagenda nenek kebayan ini tidak terhad ke nusantara sahaja malah di luar negara juga ada variasi nenek kebayan mereka sendiri.

Kawasan perairan

Di England, ada satu hantu yang serupa Nenek Kebayan yang digelar sebagai Jenny Greenteeth oleh penduduk tempatan. Menurut cerita orang tempatan, makhluk ini mempunyai kulit mereput berwarna hijau, tangan serta kuku yang panjang dan tajam, yang dikatakan adalah untuk menarik mangsanya ke dalam air dan ditenggelamkan.

Menurut lagenda, Jenny Greenteeth dikatakan berada di kawasan perairan sekitar pekan Lancashire, Cheshire dan Shropshire, dan disitulah ia memburu mangsanya.

Suka kanak-kanak

Selepas dah tenggelam, makhluk ni akan menggunakan gigi tajamnya untuk memakan mangsa tersebut. Bukan tu je, dipercayai mangsa atau makanan favourite Jenny Greenteeth ni adalah kanak-kanak.

Namun, untuk pengetahuan umum, Jenny ni mempunyai beberapa nama berbeza iaitu Ginny Greenteeth dan Jeannie Greenteeth. Tapi tiada beza pun dalam konteks urban lagendanya, ia masih seekor mahkluk kejam yang gemar membunuh kanak kanak.

Awas akan Duckweed

Penduduk tempatan memberitahu bahawa untuk mengetahui sekiranya Jenny Greenteeth ada di sesebuah tasik atau sungai adalah dengan mengenal pasti kewujudan duckweed ataupun kiambang.

Kiambang yang merupakan satu tumbuhan biasa yang terapung di atas air, dikatakan adalah salah satu petanda Jenny Greenteeth ada di kawasan tersebut sekiranya jumlah kiambang tu terlampau banyak.

Jadi kanak-kanak di England didakwa telah diajar daripada kecil untuk elak bermain dekat dengan kawasan air yang ada banyak tumbuhan kiambang ini.

imej dari: Redbubble

Masalahnya, tumbuhan tersebut sangatlah common di perairan negara itu, malah di Malaysia pun, kiambang ini kira tanaman yang biasa dilihat terapung di tasik-tasik. Adakah ini bermaksud Jenny Greenteeth ada di dalam tasik di Malaysia?

Dah orang Malaysia perlu berhadapan dengan kekejaman nenek kebayan, tambah satu lagi makhluk kejam untuk dihadapi. Apa-apa pun, was-waslah apabila beriadah di kawasan perairan, terutamanya kanak-kanak.

Mana tahu, Jenny Greenteeth mungkin memerhati.