Serangan Poltergeist

January 11, 2023

Kalau dekat negara Barat, ada satu hantu ni yang suka sangat baling barang-barang yang ada dalam rumah. Korang pernah dengar tak hantu yang dinamakan sebagai Poltergeist?

Pada tahun 1980-an, ada satu movie hantu yang agak terkenal pada zaman tu tapi hantunya tak pernah nak munculkan diri.

Asal usul poltergeist

Nama hantu Poltergeist ni berasal dari German dan tafsiran namanya bermaksud hantu yang bising.

Hantu Poltergeist ni biasanya tiada jelmaan diri tapi menurut kepercayaan orang Barat, hantu ni suka menggerakkan atau membaling barang dalam rumah dan akan membuat bising pada waktu malam.

Inspirasi filem

Antara kes paranormal yang terkenal berkaitan dengan Poltergeist ialah kes paranormal ‘The Enfield Poltergeist’, salah satu inspirasi untuk filem ‘The Conjuring 2’.

Mangsa dikatakan telah diapungkan dan diheret oleh hantu Poltergeist sehingga menjadi sebuah berita sensasi dan melibatkan beberapa para saintis untuk menyelidik kejadian tersebut.

Kes ini juga mempunyai dokumentari yang menceritakan pengalaman mereka dikacau oleh hantu Poltergeist.

Penampakan Poltergeist

Di dalam media sosial, terutamanya Youtube, ramai yang cuba membuktikan kewujudan Poltergeist dengan menunjukan pengalaman kehidupan mereka dikacau Poltergeist.

Banyak video-video yang melihatkan pergerakkan barang secara rawak tanpa ada apa-apa pautan tali.

Walaupun ramai yang musykil dengan kesahihan kelibat hantu Poltergeist ni, tidak boleh dinafikan kewujudan hantu Poltergeist kerana cerita tentang hantu Poltergeist ni dikatakan telah wujud sejak abad pertama dan mula menjadi popular pada abad ke-17.