Mistik Lawang Sewu

April 26, 2022

Bangunan bersejarah selalu dikaitkan dengan fenomena mistik. Mana taknya, bangunan yang dah berusia beratus tahun mesti ada cerita ataupun ‘rahsia’ yang tersimpan.

Dekat Kota Semarang, Jawa Tengah, Indonesia ada satu bangunan bersejarah yang terkenal iaitu Lawang Sewu. Ia adalah bangunan bersejarah milik PT Kereta Api Indonesia (Persero) yang awalnya digunakan sebagai Pusat Perusahaan Kereta Api Swasta Nederlandsch-Indische Spoorweg Maatschappij (NISM). 

Tapi bangunan yang menarik perhatian pengunjung yang dikatakan bekas pusat perusahaan kereta api hindia belanda ini menyimpan kisah misteri.

Pernah dijadikan penjara

Dikatakan bangunan ini pernah dijadikan penjara semasa penjajahan Jepun di Kota Semarang, yang mana ruang bawah tanahnya digunakan sebagai penjara bagi pribumi mahupun tentera belanda.

Kononnya, banyak tahanan yang mati di dalam penjara itu kemudian mayat mereka dilempar ke dalam sungai di belakang bangunan Lawang Sewu.

Disebabkan kisah tu, Lawang Sewu yang dah dikenali sebagai bangunan berhantu, telah menarik segelintir warga tempatan untuk membuat membuat uji nyali (uji keberanian diri).

Tragedi uji nyali Lawang Sewu

Sumber: Dunia Lain

Dengar buat uji keberanian diri ni macam takde apakan? Tapi tahu tak, ada yang meninggal disebabkan buat uji nyali dekat Lawang Sewu ni?

Sebuah program TV yang bertajuk ‘Dunia Lain’ yang mana rancangan itu menampilkan khas peserta yang ingin menguji keberaniannya di tempat yang misteri dan salah satunya adalah Lawang Sewu.

Seorang peserta bernama Wahyu, telah membuat uji nyali di ruangan bawah tanah Lawang Sewu.Dalam rakaman yang diambil oleh kru, dikatakan ada penampakan kuntilanak yang sedang berdiri di pintu gudang itu.

Wahyu bergegas melambaikan tangan untuk mengakhiri ujian itu. Namun, beberapa hari selepas shooting uji nyali, Wahyu dikhabarkan telah meninggal dunia. Ada spekulasi bahawa Wahyu kena ikut dengan makhluk yang dia jumpa sampai rumah dan dikacau oleh makhluk itu sampai meninggal dunia.

Noni Belanda

Misitk Lawang Sewu tak berakhir dekat situ je. Dikatakan beberapa orang telah mengaku nampak makhluk yang menyeramkan yang diketahui sebagai Noni Belanda. Katanya Noni Belanda ni selalu berkeliaran dekat sekitar bangunan dan selalu datang dengan jeritan yang menyeramkan.

Dipercayai jeritan yang datang bersama Noni Belanda ni adalah jeritan ketakutan ketika melihat tentera Jepun menyeksa tentera Belanda. Katanya selepas tu, noni-noni ini ditahan dan diseksa oleh tentera Jepun sebelum kepala mereka dipenggal dengan tragis.