Sumpahan Lagu Frank Sinatra

July 13, 2021

Karaoke itu satu aktiviti yang rasanya, kegemaran ramai, kalau tengah lepak dengan member, takde benda nak buat, kebanyakan kali akan diajak pergi ke bar karaoke murah, takpun mula bernyanyi di situ sahaja.

Tetapi tahu tak aktiviti karaoke di negara jiran Filipina boleh membawa maut?

Menurut laporan tempatan, ramai telah dibunuh ketika tengah berkaraoke di bar- bar karaoke disitu. Apa yang lagi menyeramkan, 12 daripada pembunuhan tersebut terkait dengan satu lagu yang sama.

Nyanyian sumbang

Lagu “My Way” dikeluarkan oleh artis tersohor Frank Sinatra pada tahun 1969, dan ia dikatakan antara lagu paling popular artis tersebut. Namun, orang Filipina percaya bahawa sesiapa sahaja yang ber-karaoke lagu ini, akan dibunuh.

Kepercayaan ini bukan berasas khabar angin sahaja. Tidak seperti kebanyakan lagenda urban lain, sumpahan lagu “My Way” mempunyai banyak bukti kukuh…di dalam bentuk mayat.

Menurut laporan tempatan, pada tahun 2007, pak guard bar karaoke dilaporkan telah menembak mati seorang lelaki berusia 29 tahun di San Mateo, Rizal, Fillipina.

Menurut pak guard itu, mangsa tersebut telah menyanyikan lagu “My Way” dengan sumbang. Walaupun diberi amaran untuk berhenti bernyanyi, takpun tukar lagu, mangsa buat tak tahu dengan larangan pak guard tu dan terus nyanyi dengan nada off-key.

Kerana tak tahan dengan persembahan teruk itu, pak guard “hilang kawalan” dan bunuh mangsa. 

Diberhentikan

Ada satu lagi insiden berlaku di Filipina dimana, seorang lelaki berusia 60an sedang merai hari jadi ke-60 dia. Sebaik sahaja dia angkat mikrofon untuk nyanyi lagu “My Way”, dia diberhenti oleh jirannya yang berusia 28 tahun.

Mereka mula bergaduh dan lelaki usia 28 tahun itu menikam mangsa. Malangnya, oleh kerana sudah berusia, mangsa menghembus nafas terakhir sebaik sahaja sampai di hospital.

Lagi menyeramkan, ini hanya dua daripada 12 pembunuhan yang dilaporkan. 12 pembunuhan, semata-mata sebab satu lagu? Gila.

Kerja hantu mana ni?

Ada yang menyalahkan alkahol sebagai satu faktor besar pembunuhan ini berlaku. Untuk pengetahuan umum, di negara Filipina, berkaraoke sambil minum arak itu boleh kira sebagai satu tradisi, kalau satu takde, rasa pelik.

Namun ada yang berpendapat bahawa lirik lagu “My Way” sendiri yang mencetuskan keganasan kepada sesiapa sahaja yang mendengar liriknya, dan di sini lah urban lagenda sumpahan lagu “My Way” dilahirkan.

And now, the end is near

And so I face the final curtain

My friend, I’ll say it clear

I’ll state my case, of which I’m certain

I’ve live a life that’s full

I traveled each and every highway

And more, much more than this

I did it my way

Apa-apa pun, orang Filipina betul-betul percaya bahawa terdapat satu sumpahan tersirat di dalam lirik lagu itu. Sesiapa sahaja yang menyebut lirik tersebut, akan mengundang kematian kepada diri sendiri.

Kerana inilah, di Filipina, jaranglah dengar lagu “My Way” dimainkan di tempat awam, malah lagu “My Way” dipadam daripada kebanyakan mesin karaoke disana.

Jadi ingatlah, kepada orang Malaysia yang kerap ke Filipina, ataupun ada plan untuk nak ke sana, jangan sesekali nyanyi lagu “My Way”.