Kalau korang tengok filem mistik viral dari Indonesia baru-baru ni, iaitu filem KKN di Desa Penari, mesti perasan ada satu penjelmaan seakan-akan nenek tua dalam filem tu.
Nenek tua yang digelar Mbak Dok dalam filem tersebut adalah pendamping peserta KKN iaitu Nur, yang mana adalah antara penyebab Nur terselamat daripada segala gangguan dan bahaya di desa tu.
Tapi kalau ikutkan, Mbak Doh tu jin la kan? Iya betul tapi Mbak Doh boleh dikatakan adalah jin pendamping yang kononnya dalam kategori jin baik kerana sifatnya yang menjaga manusia. Dikatakan jin sebegini digelar sebagai khodam.
Tapi menurut agama Islam, khodam yang dipercayai adalah daripada kategori jin pembantu ni banyak terjadi penyimpangan atau tak ada kerjasama dengan cara yang baik.
Sesetengah manusia yang didampingi khodam ini adalah disebabkan oleh ilmu leluhur yang diturunkan kepadanya. Malah, Khodam boleh datang dalam pelbagai cara sama ada sengaja nak berdamping ataupun tidak.
Kononnya, selain daripada golongan jin, khodam juga dipercayai berasal daripada nenek moyang yang telah meninggal kemudian kembali ke alam nyata untuk menjaga anak cucu dan keluarga mereka daripada gangguan makhluk lain yang berniat buruk.
Orang yang ada khodam ni dikatakan ada beberapa ciri yang menyebabkan dia ada pendamping. Selain daripada mempunyai ilmu spiritual atau kebatinan yang tinggi, mereka yang ada khodam juga memiliki tatapan mata yang tajam.
Dikatakan tatapan tajam mereka dapat rasa lainnya daripada tatapan tajam orang biasa. Sebabnya orang biasa yang melihat atau menatap mata orang yang ada khodam ni, automatik rasa seram.
Bukan tu je, mereka yang didampingi khodam dikatakan adalah individu yang disegani masyarakat dan komuniti sekitarnya, walaupun individu tu bukan daripada kalangan orang kaya atau golongan yang mempunyai latar belakang tinggi.
Walaupun ramai yang kata khodam ni adalah pembantu manusia tapi realitinya, makhluk ni masih lagi dalam kategori jin. Sepatutnya, makhluk ghaib seperti jin ini dijauhi sebab mereka berpotensi untuk menipu manusia kerana jin juga mempunyai hawa nafsu seperti manusia biasa.
Mustahil jin nak bantu secara percuma tanpa mengharapkan sesuatu daripada manusia. Apa yang jin nak adalah supaya manusia mengabdikan diri kepada mereka bukan Allah.
Sebab tu yang biasa terjadi adalah manusia akan mudah terpesong kerana bergantung kepada jin. Maka jin pun jadi bertambah sombong dan manusia bertambah hina dengan dosa mensyirikkan tuhan.
Namun, tak semua ada khodam sebagai pendamping ni, hanya orang ‘terpilih’ sahaja, sebab khodam akan mengikut orang yang rajin beribadah, berpuasa, berdoa dan melakukan amalan-amalan tertentu.
Sebelum menyeru khodam tu, ibadah-ibadah yang dinyatakan tadi kena buat dulu kemudian, baru baca mantera dalam bahasa Jawa ni sebanyak 99 kali. Nak ingatkan, walaupun mungkin (harapnya) tak ada berlaku apa-apa tapi baca mantera atas risiko sendiri ya.
“Bismillahirrahmannirrahim. Gelapo songo gelapo sewu suaraku. Macan putih ono ing dadaku yo aku macane Alloh. Lailahailalah muhammadurrosullulah lahaulawala quwwata illa billah (3 kali).”
Apa pun, filem KKN di Desa Penari tu, walaupun berlatarkan ‘genre’ mistik dan seram tapi ada juga input dan pengajaran yang boleh di ambil. Jadi, bolehlah kita semua ambil mana yang baik, buang dan hindari mana-mana yang buruk dan boleh bawa bahaya.