Kisah seram dan mistik di Thailand bukan lagi perkara baru kerana negara Gajah Putih itu memang terkenal dengan kisah seramnya.
Salah satunya adalah kisah di sebuah rumah pelacuran di Kanchanaburi.
Kanchanaburi ini boleh dikatakan tempat hotspot lah untuk kisah hantu dorang ni.
Bila dengar saja rumah pelacuran, mesti perkara pertama yang kita fikirkan adalah sesuatu yang menjijikkan. Jangan begitu ya kerana tidak semua pelacur rela melakukannya.
Ada yang rela ada yang tak, begitu lah kehidupan.
Tapi apabila ada wanita cuba melarikan diri, mereka dipukul dan disimpan di tempat yang sempit. Sampai 40 lelaki disediakan untuk mereka untuk seks setiap hari.
Ada wanita juga diperdagangkan dan didera dengan teruk di sana. Mana yang sakit atau mengandung, dorang akan biar je wanita tu mati sorang-sorang.
Gila.
Sebabkan latar belakangnya yang gelap rumah pelacuran itu dianggap berhantu.
Kesian sangat kerana merupakan mangsa. Tapi korang tak rasa ke lelaki-lelaki yang menyeksa wanita -wanita tersebut perlu dihantui?
Bangunan yang dijadikan rumah pelacuran tu masih ada lagi barangan peribadi wanita tersebut sebab tiada siapa berani nak sentuh.
Ada seorang jurugambar ni, Dax Ward berkata tempat tu rasa disturbing sangat.
“Ini adalah tempat paling disturbing yang pernah saya dokumentasikan, tapak pemerdagangan manusia yang mengerikan yang berlangsung dari pertengahan 1960-an hingga 1986. Saya tidak akan melupakannya,” kata Dax Ward.
Penduduk masyarakat sekitar masih memegang kepercayaan bahawa rumah pelacuran itu berhantu.
Sesetengah orang yang memandu di rumah pelacuran mendakwa mendengar anak-anak muda menyeru untuk diselamatkan dan tangisan datang dari dalam bangunan.
Bagaimanapun, tiada sesiapa berada di dalam premis ketika mereka bergegas masuk.
Apa-apa pun, semoga lelaki yang menyeksa wanita itu dihantui juga.