Baba Yaga, ‘pemakan’ budak

March 24, 2023

Masa kecik-kecik dulu, waktu maghrib je mesti mak kita selalu suruh balik cepat, kalau lambat sikit je mesti kena rotan punya lah.

Kita pun masa tu memang dengar jela kan tapi kadang-kadang tu ada la sekali sekala terbalik lambat.

Rupa-rupanya dah besar baru tahu yang masa maghrib ni banyak setan, contoh macam nenek kebayan yang suka kacau budak-budak kecik.

Macam sama, tapi tak serupa

Nenek kebayan ni bukan setakat dekat Malaysia je ada, dekat luar negara pun ada, tapi lagi ganas dan menyeramkan.

Dekat Malaysia kita panggil nenek kebayan, tapi luar negara dia dipanggil ‘Baba Yaga’.

Dua ni memang kalau dengar lebih kurang nak sama je, tapi sebenarnya Baba Yaga ni lagi teruk dan lebih menakutkan

Baba Yaga ni terkenal dekat Rusia, dia merupakan makhluk raksasa berupa perempuan tua yang mempunyai wajah yang sangat mengerikan, senang cakap kalau tengok boleh pengsan la.

Culik, masak, makan

Baba Yaga ni dia suka culik orang, tambah-tambah lagi budak-budak kecik, lepastu dah culik tu dia masak dan makan budak yang kena culik tu.

Tapi bukan semudah tu je caranya, daripada culik nak ke makan budak tu, banyak benda yang berlaku.

Lepas je kena culik dengan Baba Yaga ni, dia kurung budak-budak ni dulu dekat pondok dia sampai separuh mati.

Kalau tengok pondok si Baba Yaga ni pun dah menyeramkan, mana taknya, pondok dia ni, dinding penuh dengan tulang manusia, lepastu ada kaki ayam besar yang menampung pondok tu.

Tak masuk akal

Lepas dah kena kurung tu, Baba Yaga ni bagi makan dekat budak-budak sampai kenyang, padahal yang dimakan tu sebenarnya cacing dengan ulat je tapi nampak macam menyelerakan.

Lepas dah kenyang, Baba Yaga ni bunuh la budak tu hidup-hidup. Banyak cara dia bunuh, contoh, kerat dengan potong anggota badan, kerat tu bukannya kerat satu je, tapi kerat sampai berbelas-belas bahagian,

Yang paling takut dengan seram, kena siat kulit hidup-hidup!

Lepas dah sudah, Baba Yaga ni pergi masak bahagian yang dia dah potong tu, lepastu makan semua sampai habis tinggal tulang tu.

Tulang-tulang yang tinggal tu dia ambik lepastu letak dekat dinding-dinding pondok dia.

Proses ini berulang-ulang dekat semua budak yang dia culik, taktahu la sampai bila, sampai habis budak la kot dekat Rusia tu.