Bongkar Sejarah Tragis Menerusi Roh

February 9, 2023

Kemunculan kisah-kisah hantu di sesuatu tempat selalunya dikaitkan dengan masa lampau. Jadi apabila kumpulan youtuber daripada Indonesia ni buat content untuk tahu cerita atau suasana ketika berlakunya satu kejadian tragis, semestinya yang dicari adalah roh-roh yang masih berkeliaran di situ.

Pada sebuah Youtube video, seorang pemuda Cina-Indonesia, umur dalam lingkungan 20-an dan memakai baju hijau, terlihat bergerak secara berirama dan akrobatik dengan sebatang tongkat di satu tempat yang kelihatan seperti garaj. Seorang lelaki membaca ayat Al-Quran kedengaran menerusi PA system yang berada di luar garaj tetapi pemuda dekat dalam tu, menari mengikut rakaman Opera Beijing.

Persembahan pemuda tersebut bukan hanya untuk penonton Youtube tapi untuk satu kumpulan lain juga yang berada di situ – hantu-hantu bangsa Cina-Indonesia yang mati dibunuh dalam satu rusuhan di Jakarta pada Mei 1998. Di antara 12 sehingga 15 Mei, lebih daripada seribu orang, yang kebanyakannya berbangsa Cina-Indonesia, mati dan hantu-hantu itulah yang sedang menonton pemuda itu menari. Bila pemuda tu dah habis menari, salah satu hantu dekat situ pun rasuk dia, memaksa pemuda tu cerita apa yang berlaku di garaj ketika rusuhan itu berlaku.

Video yang dimuatnaik pada Mei 2021, adalah salah satu contoh horror content baru di Youtube Indonesia, yang mana sekumpulan pemuda Indonesia akan melawat kawasan-kawasan berhantu dalam usaha untuk mencari bukti makhluk-makhluk ghaib dan, kadang-kala, untuk berhubung dengan meraka. Macam dalam video pemuda menari tadi, youtubers  tu bagi peluang hantu-hantu tu untuk merasuk dan bercakap menerusi mereka untuk kongsikan kisah-kisah silam yang kejam.

Bermula daripada kejadian sejarah

Di bawah kepimpinan diktator Soeharto, yang mana berlaku disebabkan rampasan kuasa penuh berdarah pada tahun 1965, telah mengakibatkan pembunuhan beramai-ramai anti komunis. Walaupun kepimpinan Soeharto akhirnya tumbang pada tahun 1998, perasaan gentar dan roh-roh tidak aman masih ada.

Roh-roh tidak aman atau hantu-hantu ini sebahagiannya adalah hasil daripada trauma disebabkan sejarah Indonesia macam paderi Belanda tanpa kepala yang mencari kepalanya di tanah perkuburuan; seorang wanita berdendam dalam pakaian putih (atau merah, bergantung pada hierarki dalam dunia roh) merenung daripada tingkap di rumah-rumah terbiar; seorang jururawat yang merangkak di lantai hospital pada waktu malam.

Dan sekarang, sejak rusuhan 1998, muncul pula hantu-hantu Cina-Indonesia di Klender, kawasan perumahan di Jakarta timur. Selepas rusuhan tersebut, yang mana ramai maut akibat terkurung dalam pusat beli-belah yang terbakar, kisah-kisah seram mula muncul: seorang ayah mencari anaknya, seorang kanak-kanak yang kehilangan bebola mata, bau daging manusia yang terbakar.

Hidup Berdamai dengan Penunggu Rumah Halaman 1 - Kompasiana.com

Sebagai peringatan, ingatan

Korang tak perlu pun percaya dengan kewujudan hantu untuk percaya dengan kisah-kisah mereka. Tetapi, di tempat yang mana sejarah kerap dipadam dan ditulis semula berdasarkan siapa yang berkuasa, kisah-kisah daripada roh-roh ini mungkin mampu untuk menceritakan hal sebenar. Pusat beli-belah yang mana mengakibatkan ramai warga Cina-Indonesia maut, telah dibina semula dengan pengetahuan yang sangat sedikit tentang apa yang telah terjadi; tetapi hantu-hantu yang muncul di situ seperti memberi peringatan kepada manusia tentang sejarah tempat tersebut, dan ianya bukan hanya fakta semata tetapi juga memberikan pengalaman yang tidak terjangka.

Salah seorang Youtuber yang meneroka sejarah yang tidak terjangka, Om Hao, ada nama untuk perkara itu: retrocognition. Ianya berlawanan dengan precognition – yang mana melihat masa depan, retrocognition pula adalah satu keupayaan untuk mengesan masa lampau. Menerusi channel Youtubenya, Kisah Tanah Jawa, Om Hao telah menjadi seorang figura awam yang popular di Indonesia. Setakat artikel ini ditulis, Om Hao mempunyai 2.49 juta subscribers dan video-videonya selalu mendapat ratusan ribu views.

Tak macam pengamal kerohanian Indonesia ketika zaman Soeharto – yang memakai jubah dan beberapa aksesori untuk panggil roh termasuk keris Jawa – Om Hao mempamerkan dirinya dengan perwatakan yang rendah diri, percakapan yang sopan dan hanya memakai baju t-shirt dan kasut sukan.

Dalam video-video Om Hao, dia melawat lokasi-lokasi berhantu dengan ahli-ahli kumpulannya dan menceritakan kisah-kisah yang dia boleh ‘rasa’. Kadang-kala ceritanya boleh menjadi tragis seperti kisah janin yang digugurkan secara illegal dan dibuang di bawah jambatan; dan kadang-kala, kisahnya tidak begitu menyeramkan macam satu roh yang dijumpai Om Hao yang merupakan seorang wanita yang belum mencapai impiannya dan hanya ingin diingati.

Berbeza dengan pengamal kerohanian dan pemburu roh di dunia Barat, yang kadang-kala disensasikan di program TV, Om Hao tak guna barang-barang elektrik. Dia hanya menggunakan sejarah retrocognitive yang dirasai menerusi tubuh badannya serta kefahamannya tentang falsafah dan kemistikan Jawa.

Rentas Masa ?

Retrocognition, boleh dikatakan adalah satu fenomena yang tidak boleh diuji tetapi ia mempunyai sejarah yang menarik. Salah satu kes retrocognition yang popular di dunia Barat adalah An Adventure, sebuah buku penulisan Annie Moberly dan Eleanor Jourdain, yang diterbitkan pada 1911. Ia mengisahkan tentang ‘time slip’ atau satu memori yang berlaku di kawasan Palace of Versailles, yang mana mereka dapat memperlihatkan sebuah parti dianjurkan Marie Antoinette pada 1792. Buku tu jadi sangat popular sampaikan dijadikan filem pada 1981 dan drama BBC pada 2004 dan 2015.

Kedua-dua penulis tersebut berpendidikan dan mempunyai kerjaya profesional sebagai pengetua dan timbalan pengetua di St Hugh’s College, Oxford, antara kolej wanita pertama di situ. Tetapi mereka memberi jaminan kepada pembaca bahawa mereka ‘mewarisi setiap bentuk amalan ghaib ’. Buku tersebut boleh dikatakan merupakan satu usaha untuk menceritakan sisi lain sesuatu sejarah, yang mana ianya bukanlah hanya mengumpulkan bukti nyata semata tetapi juga kisah silam yang boleh dirasai.

Di Indonesia, satu usaha menggunakan retrorecognitive untuk menceritakan tentang kepulauan nusantara telah dihasilkan oleh British Theosophist Charles Webster Leadbeater, yang mana telah menterbitkan The Occult History of Java pada 1951. Leadbeater mengatakan telah mengkaji sejarah pulau Jawa dengan ‘bantuan deria keenam’ dan mengetahui bahawa kepulauan nusantara ini sebahagian daripada tanah jajahan Atlantis. Meskipun agak mengejutkan tetapi ada segelintir warga Indonesia yang mempercayainya.

Sejarah yang dighaibkan

Apabila bercerita tentang sejarah Indonesia, terlalu banyak yang telah dipadam dan dighaibkan – tidak kira pada zaman dijajah atau pasca jajahan. Jajaran kampung yang berkembang pesat telah ditukarkan kepada ladang menggunakan buruh hamba. Seni bina tempatan, fesyen dan aspek budaya lain telah dihina dan dirobohkan. Keluarga dan keterunan mereka berpecah. Ancaman penjajah dan keinginan mereka untuk mengawal sejarah telah menghasilkan satu bayang hitam yang berpanjangan.

Meninggalkan tragedi Mei 1998, pembunuhan komunis beramai-ramai pada 1965-1966 dan keganasan yang ditimbulkan telah mengakibatkan sekurang-kurangnya dua generasi warga Indonesia masih dibayangi perasaan takut untuk menceritakan tentang tragedi itu kecuali menerusi versi ‘rasmi’ yang diberitahu ketika era Soeharto, yang mana Parti Komunis Indonesia hanyalah ‘the bad guys’.

Kisah hidup menerusi makhluk ghaib

Sehingga sekarang, lebih daripada 20 tahun setelah gerakan reformasi yang menjatuhkan Soeharto, masih ramai lagi warga Indonesia yang enggan menceritakan tentang tahun 1966, 1998 dan banyak lagi kejadian tragis yang merupakan hal penting untuk sejarah negara itu. Tetapi kisah-kisah ini masih hidup menerusi makhluk ghaib. Hantu, roh dan makhluk mistik bukan sekadar cerminan ketakutan tetapi mengandungi harapan bahawa kisah-kisah ini suatu hari nanti mampu diceritakan tanpa sebarang rasa gerun.

Setelah pemuda itu selesai dengan persembahan akrobatiknya, dia pun jatuh ke tanah dan dirasuk oleh roh seorang lelaki yang menyaksikan kejadian tragis yang berlaku di garaj itu. Lelaki itu mula menangis, mengatakan yang dia tak faham macam mana lelaki bangsa Cina-Indonesia seperti dia, yang hanya mahu hidup dan kerja, telah dibunuh dengan begitu kejam.

Kumpulan Youtubers tersebut kemudian dihalau oleh security guard dekat situ, yang bagitahu untuk jangan bercakap tentang tahun 1998. Tapi mereka tetap teruskan. Beralih ke satu bilik lain, pemuda yang sama kemudian dirasuk oleh roh seorang wanita. Wanita itu mula beresak, meratap tentang bagaimana kisah-kisah mereka semakin dilupai kerana mereka adalah kumpulan minoriti.

Benar, mereka dilupai. Meskipun lebih daripada 24 tahun rusuhan itu berlaku, kes ini masih lagi dalam siasatan. Tiada siapa yang dikenakan hukuman malah, majoriti rakyat Indonesia masih lagi senyap dan takut akan kejadian tahun 1998 atau sikap rasis pada etnik Cina-Indonesia secara umum.

Tetapi di dalam video itu, dua pemuda Cina-Indonesia, berkerjasama dengan roh-roh di situ, telah membuka kisah terbuku. Pada akhir video tersebut, kumpulan Youtubers itu meminta maaf pada ahli-ahli keluarga mangsa dan memberi pesanan pada penonton mereka: ‘Kami tidak akan meminta untuk like dan subscribe. Kami tidak mahu viral. Kisah ini perlu didedahkan.’