‘Kera’ yang menggoda manusia

May 14, 2020

Berbadan besar, mempunyai warna kulit hitam kemerahan, wajah hampir serupa dengan kera, dan badan penuh dengan rambut yang lebat, genderuwa adalah makhluk halus atau jin yang datang dari mitos Jawa.

Genderuwa ni femes dekat kalangan masyarakat di Pulau Jawa, Indonesia. Menurut mitos tempatan, tempat feveret genderuwa ni adalah dekat kawasan yang berair, bangunan lama, pokok besar tempat orang berteduh, dan sudut-sudut lembap, senyap, dan gelap.  

Dari arwah yang tidak sempurna

Berdasarkan budaya Jawa, genderuwa ni asalnya adalah daripada arwah yang meninggal secara tak sempurna. Boleh jadi disebabkan bunuh diri, cara pengebumian yang tak sempurna, atau arwah tak boleh terima hakikat yang dia telah mati. 

Hantu genderuwa ni tak boleh dilihat oleh orang biasa tapi boleh munculkan dirinya pada waktu tertentu bila dia rasa terganggu. Dipercayai jugak yang makhluk ni boleh berkomunikasi dan melakukan sentuhan dengan manusia.

Ada yang cakap yang genderuwa ni boleh ubah penampilan dorang berdasarkan seorang manusia untuk menggoda sesama manusia. Tapi bila dia terasa diganggu, hantu ni akan berubah menjadi rupa yang sangat mengerikan dengan badan penuh bulu dan besar untuk menakutkan manusia.

Hantu yang suka menggoda

Hantu genderuwa ni suka menggoda manusia dan kebanyakan mangsanya ialah perempuan dan kanak-kanak.

Genderuwa juga suka menggoda isteri-isteri kesepian yang ditinggal suami atau janda-janda. Bukan tu je, makhluk ni juga boleh melakukan hubungan intim dengan mangsanya. Ada yang mengatakan bahawa benih daripada genderuwa ni dapat menyebabkan wanita hamil dan ada keturunan genderuwa.

Selalunya mangsa yang diperlakukan hubungan intim dengan genderuwa ni tak sedar yang dorang sedang melakukan perbuatan tu dengan seekor jin sebab genderuwa tu menyamar jadi suami atau kekasih mangsa tersebut.

Sumber: Pinterest

Bakar sate gagak, nak untung

Ramai percaya salah satu cara untuk panggil genderuwa ni adalah dengan membakar sate gagak. Katanya, burung gagak ni adalah makanan feveret genderuwa dan juga binatang peliharaannya.

Ritual memanggil genderuwa ni dibuat dekat kawasan lapang sebab katanya untuk bau burung gagak yang dibakar tu tersebar dan dibawa angin untuk mengumpan genderuwa ke tempat tersebut.

Kalau ikut kepercayaan tradisional pulau Jawa, dorang panggil genderuwa ni sebab nak suruh dia bagi nombor yang boleh bawa untung. Kira macam lucky number la dalam berjudi. Jadi dorang ni macam berharap, dengan keberanian yang dorang ada ni, boleh la dapat keuntungan besar dengan senang.

Tak semuanya jahat

Dalam kepercayaan Jawa, tak semua genderuwa ni jahat. Ada jugak yang baik. Kalau genderuwa yang jahat suka menggoda perempuan, yang baik ni selalu tolong manusia seperti jaga rumah dari orang yang berniat jahat atau perompak. 

Genderuwa baik ni jugak penampilannya ialah seorang atuk tua yang berjubah putih dan kelihatan berwibawa. Ada juga yang cakap genderuwa baik ni kadang-kandang tolong sunatkan kanak-kanak dari keluarga yang tak berkemampuan.

Dipercayai bahawa perwatakan genderuwa baik atau tak adalah berdasarkan manusia juga, sama ada nak bermusuhan dengan genderuwa tu ataupun nak dijadikan kawan.

Jadi, dinasihatkan lah juga supaya korang berbuat baik dekat dunia ni tak kira la pada sesiapa atau apa sekali pun sebab ya lah, kalau buat jahat, tak memasal orang atau benda yang korang buat jahat tu menganggu kenteraman manusia sejagat.