Langsuir: adik-beradik Pontianak?

May 4, 2020

Sekali pandang, nampak macam Pontianak tapi sebenarnya bukan.

Langsuir ni nak kata sama dengan Pontianak, tak juga. Mungkin gambaran dengan penampilan dorang sama lah, baju putih, hodoh, pastu berambut panjang. Tapi, asal usul dorang ni yang betul-betul membezakan dorang.

Langsuir ni sebenarnya perempuan yang meninggal dunia masa beranak, tak pun lepas beranak. Lepas tu time dia mati tu, mayat dia orang biarkan je untuk mereput sekali dengan anak dia. Start dari mati nilah dia akan menjelma sebagai hantu pulak.

Langsuir ni buat apa?

Malam-malam buta kalau dekat area perkampungan, biasanya langsuir ni akan start dengan jadi perempuan cantik dulu, kalau lelaki nampak memang jatuh cinta lah. Lepas mangsa dah tergoda, dorang akan pergi tempat sunyi, lepas tu perempuan cantik tadi terus bertukar jadi langsuir hodoh.

Kalau tu tak cukup seram lagi, lepas tu langsuir tu rasuk pulak si lelaki tadi dan akan mula hisap darah lelaki tu. Bayangkan ada makhluk hodoh hisap darah, memang pengsan lah wei, mati pun boleh jadi kot.

Selain merasuk dan menghisap darah lelaki, Langsuir ni macam biasalah akan berterbangan dari pokok ke pokok. Sambil dia terbang tu dia akan mengilai dengan nyaring dengan ketawa kuat-kuat, siapa yang nampak atau dengar confirm-confirm lari lintang-pukang.

Sumber: Berita Harian

Beza dengan pontianak

Langsuir ni kan mati time bersalin atau selepas, Pontianak pulak mati time mengandung. Kiranya Langsuir ni saja je rasuk dengan hisap darah orang, Pontianak pulak cari mangsa sebab dia berdendam dengan orang tu.

Dari segi rupa pulak, rambut Langsuir ni boleh sampai tanah, jauh lagi panjang dari rambut Pontianak. Langsuir ni pulak orang akan nampak atas pokok tak pun dekat tempat tinggi lah kecuali dia cari lelaki. Pontianak ni korang biasa akan nampak dekat atas tanah je.

Walaupun hantu ni famous dan berkeliaran, ada je tips nak bagi mayat tu tak jadi Langsuir. Caranya ialah dengan menyumbat biji tasbih kaca dalam mulut mayat tu supaya dia tak mengilai. Selain tu, boleh juga letak telur dekat celah ketiak dengan jarum dekat tangan, ni taknak bagi Langsuir tu terbang.

Tapi dia jadi hantu jugak lepas tu terbang, nasiblah korang.