Pocong melompat ke… berjalan?

April 29, 2020

Badan terikat kain putih, muka pucat, melompat-lompat. Tapi kalau ikutkan sejarah cerita, pocong sebenarnya boleh berjalan.

Antara hantu yang femes dalam cerita-cerita orang Melayu selain pontianak dan toyol, dah tentulah hantu pocong. Seluruh badan berbalut kain kafan dengan bahagian atas kepala diikat, cara jalannya pulak melompat-lompat.

Itulah yang selalu ditunjukkan dalam mana-mana drama atau filem seram. Tapi ada juga yang kata bahawa pocong yang sebenar tak sama dengan yang dalam filem tu.

Terlupa dibukakan tali

Orang Islam bila meninggal wajib dimandikan dan dikafankan dengan kain putih. Tapi bila ikatan kat kepala tak dibuka lepas dah diangkat masuk ke kubur, jadilah dia hantu pocong yang menjelma depan orang-orang tertentu.

Tambah lagi, orang yang dah mati ‘hidup’ semula sebab dia masih ada urusan yang belum selesai, contohnya perlu mintak maaf dekat orang yang dia pernah buat salah. Jadi bila dia dah jadi pocong, dia akan muncul depan orang-orang yang dia dah buat salah ni untuk mintak maaf.

Tapi dengan muka yang buruk, bola mata yang hampir tersembur keluar, dan muka yang tak berkulit, dah tentulah ramai orang takut bila nampak dan terus lari lintang-pukang.

Sumber: Ist/ lifestyle.okezone.com

Pocong melompat, atau berjalan?

Kalau tengok dalam filem, pocong selalunya melompat-lompat, tapi kalau ikut asal usul pocong yang orang selalu cerita, pocong ni sebenarnya boleh berjalan.

Pocong muncul masa azan Maghrib dan lepas orang siap solat Maghrib. Dia datang tepat dari tengah-tengah kubur macam asap. Lepas tu dia akan bertukar jadi mahkluk kecil. Dia lompat ke arah kakinya, kemudian ke arah kepalanya. Masa ni dia dah jadi makhluk yang sederhana besar macam budak-budak.

Lepas tu dia lompat sekali lagi ke kakinya sebelah lagi, dan jadilah dia pocong. Dia pun akan berjalan mengelilingi kubur. Berjalan dengan kaki terikat ye, bukan melompat. Dan kemudian dia akan terbang melayang, tubuhnya jadi serupa selendang putih.

Dia akan cari orang yang dia pernah buat salah untuk mintak maaf.

Jadi, kalau lepas ni terjumpa pocong, janganlah lari. Cakap kat dia yang kau orang dah pun maafkan dia. Mesti lepas tu dia dah tak ganggu lagi.

Harap-haraplah.