Kalau cakap pasal kapal terbang, mesti automatik otak akan terus terfikir pasal kejadian MH370 dengan MH17 kan. Dua kapal di bawah kendalian Malaysia Airlines ni antara yang paling terkenal.
Tapi, sebelum dua kapal terbang ni menempah nama, ada satu kejadian kapal terbang terhempas dekat satu kampung di Gelang Patah. Ada yang sampai pernah cakap dorang terserempak dengan jelmaan mangsa-mangsa kapal ni.
Dekat Gelang Patah, Johor, ada satu kawasan paya bakau yang dipanggil Tanjung Kupang yang dulunya merupakan sebuah kampung nelayan.
Semuanya bermula pada tahun 1977, yang mana masa tu berita kapal terbang MH635 yang berlepas dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur terhempas dekat kampung ni. Sayangnya, semua yang ada dalam kapal tu mati. Takde sorang yang terselamat daripada kejadian tu.
Berita kapal terbang terhempas tersebut jadi topik hangat dekat media Malaysia masa tu. Mana taknya, yang mati bukan orang biasa-biasa. Semuanya orang atasan, antaranya Menteri Pertanian, usahawan Jepun, duta Cuba dengan isteri dia dan ramai lagi la.
Masa kejadian tu, ramai orang kampung ambil kesempatan ambil barang-barang mangsa, baik duit, pakaian, malah cincin pun orang kampung curi sebelum pihak berkuasa ambil.
Sejak kejadian tu, udara kampung dah jadi tak best sebab adanya bau yang tidak menyenangkan datang daripada tapak kapal terbang terhempas tu.
Dengan serpihan daging dan tulang manusia yang bertebaran dekat tempat kejadian buatkan orang kampung terkejut yang amat. Lagi teruk, siap ada isi perut terburai sangkut dekat ranting dan dahan pokok bakau.
Hampir satu kampung merana sebab kena kacau, lagi-lagi yang ambil segala harta milik mangsa nahas. Ada yang tak boleh tidur malam sebab asyik diganggu mimpi ngeri, ada juga yang jatuh sakit sebab terkena badi orang mati sampai terpaksa berubat.
Walaupun kejadian ni dah berpuluh tahun lamanya, kawasan nahas tu masih berhantu sehingga kini. Ramai yang dah terkena dengan roh mangsa-mangsa nahas kapal terbang ni.
Sesiapa yang lalu lalang dekat kawasan tapak nahas tu waktu malam mesti akan terdengar jeritan minta tolong sambil diiringi bau hamis darah dan bau busuk bangkai manusia.
Lagi menakutkan, ada seorang pemandu teksi pernah bawa seorang perempuan dalam teksi, dibawanya sampai ke tapak nahas, perempuan tu minta tolong carikan tangan dia yang putus. Bukan sekali itu saja, banyak kali dia bawa pramugari cantik, tau-tau je dah hilang daripada tempat duduk belakang.
Lepas ni, sesiapa yang nak ke Gelang Patah, tak payah pergi Tanjung Kupang malam-malam. Kang kena kacau tak memasal demam seminggu.