Banglo terbiar menyimpan kisah

December 31, 2020

Tak tau la ada yang perasan atau tak tapi dekat kawasan Petaling Jaya ni, ada satu rumah banglo besar terbiar yang dikenali sebagai SG House dan dikatakan telah lama ditinggal kosong selama berpuluh-puluh tahun.

Dekat rumah tu jugak ada dua biji kereta mewah iaitu Alpha Romeo dan Porshe yang ditinggalkan macam tu je.

Bila rumah dah lama tak berpenghuni, sudah semestinya lah ada beberapa versi kisah mistik yang terbangkit sehingga menyebabkan rumah tu dikatakan berhantu dan menjadi tumpuan aktivit paranormal.

Bunuh Diri

Nama SG House tu merujuk kepada nama tuan rumah tu sendiri iaitu, Sanjay Gill (SG). Dia ni merupakan seorang bisnes man dan bisnes yang dia jalankan ialah seni mempertahankan diri.

Menurut sumber, ada satu tahun tu, bisnes Sanjay ni merosot teruk sampai satu masa tu dah tak ada orang pergi kelas dia. Bila bisnes dah merosot dan hutang pun bertimbun, SG ni dikatakan telah menggantungkan dirinya di ruang tamu. Selepas je Sanjay tu bunuh diri, isteri dan anak dia dikhabarkan telah melarikan diri.

Kena Kelar

Tapi tu baru versi pertama, yang versi kedua pula, Sanjay ni dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan anak muridnya sendiri.

Tapi pada suatu hari, isteri dia dapat tahu tentang hubungan dorang ni dan isteri dia pun buat fake call, suruh anak murid Sanjay ni datang rumah tu.

Padahal masa tu kelas pun takde dan sebab perempuan tu percaya dengan isteri Sanjay, dia pun datang lah ke rumah tu.

Sebaik je budak perempuan tu sampai, isteri Sanjay ni terus kelar kepala budak tu sampai mati dan dia simenkan mayat perempuan tu dalam salah satu tiang dekat dalam rumah. 

Katanya dekat dalam rumah tu memang ada satu tiang besar dekat bilik bawah tanah banglo tu.

Kena Tikam

Satu lagi versi ni pulak boleh dikatakan hampir sama dengan versi sebelum ni cumanya, kali ni isteri Sanjay tikam budak perempuan tu masa dorang tengah bergaduh.

Kebetulan pula Sanjay ni balik dan nampak kejadian tu, terus isteri dia pun tikam Sanjay ni. Bukan setakat Sanjay, anak perempuan dorang pun ditikam jugak sebab nampak kejadian tu.

Kena Kacau

Punyalah banyak versi pasal SG House ni sampai tak tahu lah sama ada betul atau tak tapi yang pasti, sesiapa yang pergi rumah ni memang kena kacau. Ada yang pernah nampak satu mahkluk ni berkain labuh dan benda tu berlari dalam rumah tu.

Apa pun, rumah tu katanya ada peti besi dan sauna, tambah pulak design rumah tu macam rumah dekat Jepun, mungkin sebab tu lah kot rumah tu dibiarkan macam tu je.

Nampak SG House ni kosong dan terbiar je kan tapi yang pasti, rumah ni memang ‘berpenghuni’, cuma nampak atau tak je lah.