Masa kecik-kecik kan kita selalu dengar pasal kisah-kisah penghuni neraka selepas kelas mengaji takpun mak ayah kita mesti selalu ingatkan kita pasal azab neraka ni kalau kita degilkan.
Sinonimnya, boleh dikatakan hampir semua anak watan Malaysia ini sudah lazim dengan penceritaan kepala dihempas sehingga pecah, rambut ditarik sehingga putus akarnya, mahupun diberi minum air yang panas menggelegak dan menelan makanan yang berduri sehingga hancur tekak dalam suasana dikelilingi api yang menjulang-julang.
Tapi mendengar tidak sama dengan melihat.
Cuba bayangkan satu hari bila kita bangun dan menapak keluar rumah, kita melihat pintu menuju ke neraka, agak-agak nak tak kita masuk?
‘Gateway to Hell’ – itulah nama timangan yang diberi kepada lohong terdalam di dunia, digali oleh Kesatuan Soviet dari 1970 sehingga 1992 di daerah Pechengsky, berhampiran sempadan Russia dan Norway di Semenanjung Kola.
Dalamnya lohong ni boleh menenggelamkan Gunung Everest digabungkan dengan Gunung Fuji, dengan kedalaman 12.2 km atau 39, 600 kaki!
Liang lahad pun hanya tujuh kaki!
Kola Superdeep Borehole ni digelar sebagai pintu ke neraka pada 1971 bila pelantar gerudi Russia tiba-tiba menebuk sebuah gua simpanan gas semula jadi bawah tanah yang sangat besar, menyebabkan tanah di sekelilingnya runtuh dan ibarat terjatuh dari titian Sirat, menarik semua pelantar gerudi bersama.
Demi mengelakkan malapetaka alam semula jadi yang lebih dahsyat, pihak Russia menyalakan api pada lohong tersebut dengan harapan api yang terhasil dari gas semula jadi itu akan padam, tetapi sebaliknya, api tersebut terus menyala dan marak berdekad lamanya.
Apa ke peliknya dah tahu ditebuknya gas tapi dinyalakan juga api tapi kita iyakan sahaja sebab kita bukan pakar.
Sehingga ke hari ini, pelantar-pelantar gerudi Russia yang jatuh ketika kemalangan itu dikatakan masih ada jauh di bawah lohong tersebut, menjadi penghuni kekal di alam sebalik pintu neraka.
Tetapi kisah lohong ini bukan terkenal kerana rupanya yang mengerikan semata-mata, ia juga menjadi terkenal dek aduan penduduk tempatan yang sering mendengar suara rintihan dan raungan dari dalam lohong tersebut.
Dikatakan sekumpulan jurutera Russia yang diketuai oleh ‘Mr Azakov’ telah menurunkan mikrofon tahan-haba dan alat pengesanan lain ke dalam lohong tersebut dan mereka berjaya merakamkan raungan tersebut.
Cuba dengar sendiri rakaman yang dikatakan datang dari raungan ahli neraka ini:
Meskipun terdapat banyak spekulasi dan pertikaian kepada rakaman dan penemuan di liang neraka ini, kebanyakannya masih dipercayai oleh masyarakat di sekitar Russia.
Hari ini, Kola Superdeep Borehole menjadi sebuah destinasi pelancongan bagi mereka yang sukakan cabaran dan dikatakan kerajaan Russia sedang giat berusaha untuk memadamkan bara apinya yang masih menyala.