Korang bayangkan, satu hari tu korang tengah jalan-jalan dalam kampung, lalu pulak tepi hutan. Tiba-tiba korang nampak ada satu bayang, setinggi pokok kelapa, mata yang merah menyala, muka yang bengis ditambah dengan taring yang panjang dan badan yang besar bewarna hijau. Hati-hati itu mungkin Buto Ijo yang nak tangkap korang.
Buto Ijo atau bila diterjemahkan nama dia juga disebut sebagai gergasi hijau, suka sangat dengan budak-budak.
Lagi-lagi yang jenis budak-budak nakal ni memang dia akan tangkap lepas tu jadikan budak tu hamba tak pun dia akan makan budak-budak tu.
So korang ni jangan nak nakal sangat dan jangan nak lawan cakap mak ayah korang, nanti Buto Ijo ni datang baru tahu.
Ada satu youtuber terkenal dari Indonesia ni yang pernah jumpa dengan Buto Ijo. Nama dia Ki Prana Lewu dan dia memang terkenal untuk mengejar hantu.
Dekat bawah ada beberapa selitan penampakan Buto Ijo oleh Ki Prana Lewu.
Tapi sama ada video dia tu betul atau tidak, hanya tuhan saja yang tahu. Apa-apa pun bagi kita yang beragama Islam wajib percaya dengan kewujudan jin dan alam ghaib yang tak dapat dilihat oleh manusia.
https://www.youtube.com/watch?v=JNXeQCImvdE (Ki Prana Lewu jumpa Buto Ijo)
https://www.youtube.com/shorts/jGhr7lxIdSg (youtube shorts penampakan Buto Ijo)
Timun Mas ni merupakan cerita rakyat dari Jawa Tengah, menceritakan tentang nasib Timun Mas yang nak dimakan oleh Buto Ijo.
Timun Mas merupakan anak yang diberi oleh Buto Ijo kepada Mbak Srini untuk dijaga dan selepas 17 tahun, Buto Ijo nak balik Timun Mas untuk makan.
Akhirnya Timun Mas berjaya tumpaskan dia dengan beberapa barang yang diberi oleh seorang dukun untuk lawan balik Buto Ijo.
Dia punya suka makan budak tu sampaikan dia sanggup bagi bayi dekat orang untuk jaga bertahun-tahun semata-mata untuk dia makan.
Korang bayangkan kalau korang ni budak-budak lepas tu ada gergasi hijau dengan muka hodoh yang ada taring panjang nak kejar korang.
Kalau korang nak tahu, dekat kawasan Jawa Tengah, Buto Ijo ni terkenal untuk diguna pakai dalam ilmu hitam.
Masyarakat sana yang mahukan kekayaan dengan pantas akan menggunakan Buto Ijo sebab dia bole gunakan kelebihan dia untuk curi duit orang dengan kuasa dia.
Tapi untuk panggil dia orang tu perlu sediakan korban terlebih dahulu dan Buto Ijo ni sukakan budak sebagai korban.
Tapi nak cakap dekat sini yang tak kesah pun apa peringkat umur korang, sentiasa menjauhkan diri dengan kerja-kerja jahat dan dengarlah cakap ibu bapa korang. Jangan sampai korang diculik Buto Ijo.