Tasik Chini dan Piramid Misteri

February 9, 2023

Kalau cakap pasal piramid, mesti banyak kisah seram misteri yang terkait sama, umpamanya, siapa yang bina, macam mana boleh dibina, lagi pula teknologi zaman tu tak sama canggih dengan sekarang.

Tahun lepas, Malaysia pun dikaitkan dengan ‘penemuan’ tujuh buah piramid di tasik lagenda Pahang, Tasik Chini.

Adakah mungkin kita pernah diduduki oleh salah satu tamadun kuno yang canggih dan pesat atau mungkin piramid tu mempunyai rahsia dia yang tersendiri?

Diceritakan oleh satu pengguna Facebook, kawasan penemuan piramid tu sedang dikawal rapi oleh pasukan komando.

Kenapa tempat tu dikawal rapi? Ada macam-macam konspirasi, antaranya mungkin kerajaan ada simpan rahsia dekat bukit tu atau mungkin kerajaan tengah mengawal atau menghalang sesuatu daripada makhluk yang ada dekat dalam piramid tu.

Penemuan piramid di Malaysia

Pada 10 Disember 2007, akhabar New Straits Times ada melaporkan tentang kewujudan tujuh piramid misteri di Tasik Chini.

Laporan itu juga menceritakan yang piramid tu mungkin dibina oleh kerajaan Khmer Kuno hampir 1000 tahun yang dulu.

Pelbagai teori yang mula dikaitkan, antaranya kewujudan piramid tersebut berkaitan dengan salah satu bandar yang gemilang untuk empayar itu, namun ditelenggami air pada akhir abad ke-13.

Sejauh mana kehebatan empayar Khmer Kuno ini masih belum habis dirungkai, namun, aura misteri yang tersembunyi di sebalik bekas-bekas candi lamanya masih lagi menyeramkan.

Penyakit misteri

Nak tambah lagi seram ada khabar angin yang kata kalau korang masuk dalam piramid tu korang akan terkena penyakit misteri.

Tetapi penyakit tu akan pulih sendiri selepas beberapa minggu. Mungkin itu adalah salah satu sumpahan mayat dalam piramid tu.

Kalau nak cuba pergi, berani la tanggung risiko sendiri. Jangan sampai nanti terbawak pulak penyakit dari zaman kuno macam cerita The Ruins tu.

Teknologi moden pada zaman purba

Menurut satu blog, piramid tu dipercayai mempunyai teknologi yang canggih berupaya untuk menjana tenaga daripada bahan kristal yang ada dalam bumi.

Diceritakan jugak dalam piramid tu mempunyai suis untuk menyalakan lampu sama macam mana kita nyalakan lampu pada zaman sekarang.

Tidak terkejut kalau negara kita ni ada alien yang tengah menyorok dalam piramid tu.